Thursday 19 October 2017

THE PROMISED LAND: SABAH BERGOLAK KERANA RASUAH DARI UMNO SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim.

HALAL DALAM UMNO
HARAM DILUAR UMNO

Benar belaka kata kata rakyat, apabila seseorang yang berjawatan tinggi dalam UMNO dan apabila cuba melawan kepimpinan UMNO kembali maka segala "pemberian" atau istilah " beri projek" yang dibuat atas nama kepentingan undi UMNO atau secara kasarnya dipanggil " membeli batang tubuh " penyokong, maka semuanya kini adalah satu kesalahan disisi kepimpinan UMNO.

Semua tahu bahawa Shafei Afdal adalah Naib Presiden UMNO sebelum beliau dilucutkan jawatan.

Beliau menduduki hierarki ke 4 dalam kepimpinan UMNO dan beliau merupakan satu satunya anak Sabah yang berharapan untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden mahupun Timbalan Perdana Menteri sekiranya 'taufan" tidak melanda UMNO.

Semuanya berpunca kerana Shafei Afdal menongkah arus terhadap Najib yang dilihat nya telah mengkhianati perjuangan UMNO.

Najib yang didakwa menerima lebih dari RM2.6 bilion dari 1MDB yang masuk keakaun peribadinya adalah alasan yang paling kukuh  buat Shafei dan sekutunya untuk menentang salah laku ini.

Kemungkinan tidak mahu bersengkokol atau bersubahat atas pengkhianat ini, maka, meneruskan perjuangan demi kelangsungan politik beliau, semuanya diteruskan.

Tetapi disebalik perjuangan Shafei itu segala hasil mashyul yang diperolehi olih beliau yang bertali arus itu sememamgnya berpunca dari kuasa yang dimiliki .

Atas tiket Naib Presiden UMNO mahupun sebagai Menteri dikala itu, ditambah pula sebagai orang ke4 tertinggi dalam UMNO, maka, kepungan " laba" dari projek, sememang lumayan .

Namun yang mengaut keuntungan dari kejayaan Shafei Afdal "menawan" Sabah serta  "melutut" kan Sabah dibawah kuasa pemimpin UMNO Pusat adalah Parti UMNO serta "sepupu sesapat" serta mereka yang bernaung dalam UMNO diSabah.

Dari ketua hingga lah ke akar umbi semuanya dapat agihan "laba" dari kuasa yang dimiliki Shafei Afdal.

Tetapi apabila Shafei Afdal telah bertukar arah dan menubuhkan PARTI Warisan maka semua "pemberian' yang "direstui' Presiden UMNO untuk "membela" juak juak dalam UMNO Sabah pada suatu ketika dahulu semuanya adalah kesalahan buat UMNO.

Kini siapa saja yang "terpalit' dengan kuasa yang dimiliki Shafei Afdal dan berjaya "mengekau" kekayaan melalui Shafei Afdal dahulu semuanya "seram sejuk".

Sebenarnya ramai pemimpin politik yang bergelumang dengan "rasuah" sejak dahulu. Tetapi yang paling ketara adalah Pemimpin dari UMNO sendiri.

Bukan saja pemimpin dari Sabah yang rasuah tetapi pemimpin UMNO diSemenanjung  juga keadaan rasuahnya juga lebih buruk lagi tetapi disebabkan mereka mereka ini "takut di bogelkan" olih SPRM maka  'berlutut" atau ' tutup mulut" adalah jalan terbaik.

Kini UMNO Sabah sedang dilanda "taufan". Warisan yang baru ditubuhkan olih Shafei Afdal dan mula diterima kehadiranya olih masyarakat tempatan telah menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO Pusat.

Ketakutan UMNO terhadap kegelinciran sokongan serta kehilangan "simpanan tetap" atau kuasa diSabah mula dirasai dan menakutkan Pemimpin UMNO Pusat.

Kini seorang demi seorang pemimpin UMNO dan bekas Pemimpin UMNO Sabah diheret olih SPRM atas dakwaan" salah guna kuasa" atau rasuah.

Adakah ketakutan diheret SPRM atau dimalukan dengan tuduhan rasuah akan melemahkan semangat orang Sabah untuk menukar pemerintah?

Sama sama lah kita lihat kesudahanya.

Kalau Najib sendiri mengaku menerima RM2.6 Billion dan disahkan olih AG Apandi sebagai bukan kesalahan kerana mendakwa dana itu bukan untuk "kepentingan peribadi"maka adakah alasan sama juga boleh diguna pakai oleh Shefei Afdal terhadap kesalahan yang sama?

Nampaknya rasuah hanya akan "halal" atau suci sekiranya bernaung dibawah UMNO dan BN tetapi akan bertukar menjadi "haram" atau"kesalahan" sekiranya tidak lagi bernaung dibawah UMNO.

Perhatikan berapa ramaikah Pemimpin UMNO yang disiasat dan direman olih SPRM telah didakwa di mahkamah?

Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment